Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini
bagi bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 1 januari 2022 sehingga 31 januari.
Bantuan ini bertujuan untuk memastikan
mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat
mengemukakan permohonan masing-masing. Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang
perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.
Syarat-syarat dan kelayakan bantuan keluarga Malaysia
Isi Rumah
👉 Status perkahwinan - kahwin/ ibu bapa tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat
👉 Pendapatan - RM5,000 dan ke bawah
👉 Kelayakan Umur - Tiada had umur
Bujang
👉 Status perkahwinan - bujang / ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
👉 Pendapatan - RM2,500 dan ke bawah
👉 Kelayakan Umur - 21 - 59 tahun
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
👉 Status perkahwinan - bujang / ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
👉 Pendapatan - RM5,000 dan ke bawah
👉 Kelayakan Umur - 60 tahun dan ke atas
Cara memohon dan Kemaskini
Anda boleh melayari https://bkm.hasil.gov.my/
Bagi permohonan baharu anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan penerima sedia ada (BPR dan BKC 2021) jika ada perubahan maklumat
- status perkahwinan
- bilangan anak
- jumlah pendapatan
anda boleh mengemaskini di https://bkm.hasil.gov.my/
Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda telah diterima di dalam sistem BKM 2022
No comments:
Post a Comment